• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style

Pengenalan
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Read more ...
Wanita IKRAM Johor
Sayap Wanita Pertubuhan IKRAM Negeri Johor atau biasa dikenali sebagai Wanita IKRAM Johor telah ditubuhkan pada 17 April 2011. Wanita IKRAM Johor mempunyai 7 cawangan:
Read more ...
Pusat Kecemerlangan
Islam agama indah meletakkan kedudukan wanita di puncak yang mulia. Seiring dengan peredaran masa, Islam membuka jalan seluasnya kepada kaum wanita untuk mempunyai kerjaya
Read more ...
IKRAM Junior
Di antara tujuannya: Bagi menyusun perancangan strategik perlaksanaan program kanak-kanak di antara 7 -12 tahun.
Read more ...

Share this post

Print

Dakwah Rasulullah saw (1)

. Posted in Pengajaran seerah

 spgarang 

Rasulullah dalam berdakwah:

Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan.

Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.

 

Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.

Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”

Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama pesalah dalam kisah itu?

Ðalam hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan mengaibkan manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri mempamerkannya dengan sikap itu.

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

Kaedah kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian dakwahnya ialah memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan, pujian adalah elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan lebih aktif dan positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan sejak awal lagi mempraktikkan elemen murni itu.

Ini dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila  Muaz bin Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya, “Apabila kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau menghukum?” Muaz menjawab, “Aku menghukum seperti dalam al-Quran.”

Baginda bertanya lagi, “Jika tidak ada dalam kitab?” Jawab Muaz, “Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul.”

Baginda meneruskan soalannya, “Jika tiada dalam sunnah rasul?” Kata Muaz, “Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku.”

Lalu Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, “Pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai oleh Rasulnya.”

Tindakan Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini suatu tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada indivitu untuk terus melakukan kebaikan.

Sebenarnya, kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji anak yang bertindak betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana melalui pendekatan memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak untuk menghayati ajaran yang disampaikan.

 

Berhati mulia dengan mendoakan kesejahteraan:

Bencilah kemungkaran, tetapi jangan membenci pelakunya. Jika itu dapat dilakukan, insya Allah, dakwah dan tarbiah akan lebih berkesan. Kalau pelaku kemungkaran juga dibenci maka itu bererti kita menyuburkan dan menyemai benih kebencian namanya.

Namun, bukan mudah untuk mempraktikkannya.Hanya insan yang mempunyai hati yang benar benar bersih sahaja mampu melakukanya. Inilah rahsia kejayaan dalam misi amar makruf nahi mungkar. Justeru, sebesar mana sekalipun kemungkaran, jangan dilupakan doa dan harapan agar pelakunya mendapat hidayah Allah.

Dengan hati yang begitulah Rasulullah SAW menghadapi penentangan penduduk Taif. Walaupun diejek dan dilontar dengan batu, namun Rasulullah tetap mengharapkan kebaikan.Ketika malaikat menawarkan diri untuk menurunkan azab kepada penduduk Taif, Rasulullah menolaknya. Ia sebagai bukti tiada kebencian di hati Baginda walaupun hati dan fizikalnya sendiri disakiti.

Untuk dirinya yang diuji, Baginda berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, kepada Mu aku mengadu kelemahan ku, kekurangan daya upaya ku dan kehinaan ku pada pandangan manusia.Ya arham al Rahimin,Engkau lah Tuhan orang yang ditindas dan Engkaulah Tuhanku.Kepada siapakah akan Engkau serahkan diriki ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai ku? Sekiranya Engkau tidak murka kepada ku, maka aku tidak peduli…”

Untuk umatnya yang disayangi pula, Baginda berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, ampunilah kaum ku.Sesungguhnya, mereka tidak mengetahui.” Lihatlah, Baginda tidak marah, malah bersabda yang bermaksud: “Bahkan aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari salbi mereka orang yang menyembah Allah dengan keesaan Nya, tidak menyekutukan Nya dengan sesuatu.”

Ketahuilah, doa tidak mungkin tercetus dalam hati yang dipenuhi dengan kebencian.

Find us on facebook

952049
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
294
3004
11288
930652
32270
45140
952049

Your IP: 54.227.11.45
Server Time: 2014-08-23 07:34:12

Facebook Like

 
 

Borang keahlian IKRAM

WIJ Youtube channel

Tabung Kasih Ummah Syria

Tabung Kasih Ummah Rohingya

Nama: Pertubuhan Ikram Malaysia

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun: 1211-3010-040-182

Sumbangan Kompleks IKRAM

 

Hubungi Kami

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Negeri Johor

No 10 & 11, Jalan Pendidikan 3,

Taman Universiti,

81300 Johor


Twitter/Facebook: IKRAMJohor

Website: http://ikramjohor.org/

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Telefon: 07 521 1152

Faks: 07 521 1613

 

Kalendar

Institusi IKRAM Johor

Sumbangan