• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style

Pengenalan
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Read more ...
Wanita IKRAM Johor
Sayap Wanita Pertubuhan IKRAM Negeri Johor atau biasa dikenali sebagai Wanita IKRAM Johor telah ditubuhkan pada 17 April 2011. Wanita IKRAM Johor mempunyai 7 cawangan:
Read more ...
Pusat Kecemerlangan
Islam agama indah meletakkan kedudukan wanita di puncak yang mulia. Seiring dengan peredaran masa, Islam membuka jalan seluasnya kepada kaum wanita untuk mempunyai kerjaya
Read more ...
IKRAM Junior
Di antara tujuannya: Bagi menyusun perancangan strategik perlaksanaan program kanak-kanak di antara 7 -12 tahun.
Read more ...

Share this post

Print

Peliharalah bencana lidah

. Posted in Tazkirah Hadis

lidah1

ayat

Pengajaran Hadis 15 An-Nawawi:

 

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw telah berkata:

Barangsiapa beriman  kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik ataupun berdiam diri. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hemdaklah berlaku baik terhadap tetangganya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sebagai agama yang mulia memang menganjurkan berbagai-bagai budipekerti dan akhlak yang mulia dan terpuji. Kita harus berasa bersyukur jika dapat memiliki sifat-sifat seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Antaranya  seperti di dalam hadis yang di atas iaitu bercakap biarlah yang baik, yang enak didengar dan bukan yang boleh mengecilkan hati dan melukakan orang lain. Akhlak ini sepatutnya ditujukan kepada semua tidak kira muslim ataupun non-muslim, kecil atau besar, tua ataupun muda.

Pada zahirnya, sifat yang dianjurkan itu kelihatan mudah dan ringan untuk dilaksanakan tetapi pada hakikatnya memang susah untuk diamalkan. Ia memerlukan kesabaran dan toleransi yang banyak. Contoh, untuk melayan tetangga mestilah ada kemahiran. Setiap manusia tidak sama tabiatnya dan untuk memenuhi atau memuaskan setiap orang memerlukan hati yang tabah dan pengorbanan yang banyak.

Begitu juga melayan tetamu, kadang-kadang memang berat untuk melayan segala kehendak lebih-lebih lagi jika tetamu itu seorang yang tidak bertimbang rasa dan cerewet. Jangan sesekali menunjuk rasa tidak senang terhadapnya.

Dalam membicarakan bahaya lidah, Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin telah berkata:

Ketahuilah, bahawasanya lidah itu besar pengaruhnya, tiada seorang pun yang akan terselamat dari bahayanya, melainkan dengan berdiam diri. Imam Syafi'i pula berkata : Dalam hal ini sewajarnya orang itu memikirkan terlebih dahulu apakah perkara yang nak dibicarakan itu. Sekiranya perkara itu baik dan berguna, tidak menarik kepada keburukan atau melibatkan hal-hal yang haram atau makruh, maka tidaklah dilarang untuk dilahirkannya.

Uqbah bin Amir pernah bertanya kepada Rasulullah saw: Apakah keselamatan itu? Jawab Baginda: Peliharalah lidahmu!

Maka dengan ini marilah kita beramal dengan hadis ini, moga hidup kita bermasyarakat lebih harmoni dan bahagia.

Sedutan dari :

Buku Kuliah Subuh 2 - Syed Ahmad Semait

Find us on facebook

1068952
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1791
1866
12772
1042473
46025
57367
1068952

Your IP: 54.87.70.14
Server Time: 2014-10-25 20:36:06

Facebook Like

 
 

Borang keahlian IKRAM

WIJ Youtube channel

Tabung Kasih Ummah Syria

Tabung Kasih Ummah Rohingya

Nama: Pertubuhan Ikram Malaysia

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun: 1211-3010-040-182

Sumbangan Kompleks IKRAM

 

Hubungi Kami

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Negeri Johor

No 10 & 11, Jalan Pendidikan 3,

Taman Universiti,

81300 Johor


Twitter/Facebook: IKRAMJohor

Website: http://ikramjohor.org/

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Telefon: 07 521 1152

Faks: 07 521 1613

 

Kalendar

Institusi IKRAM Johor

Sumbangan