• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style

Pengenalan
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Read more ...
Wanita IKRAM Johor
Sayap Wanita Pertubuhan IKRAM Negeri Johor atau biasa dikenali sebagai Wanita IKRAM Johor telah ditubuhkan pada 17 April 2011. Wanita IKRAM Johor mempunyai 7 cawangan:
Read more ...
Pusat Kecemerlangan
Islam agama indah meletakkan kedudukan wanita di puncak yang mulia. Seiring dengan peredaran masa, Islam membuka jalan seluasnya kepada kaum wanita untuk mempunyai kerjaya
Read more ...
IKRAM Junior
Di antara tujuannya: Bagi menyusun perancangan strategik perlaksanaan program kanak-kanak di antara 7 -12 tahun.
Read more ...

Share this post

Print

Beza cara mengambil wudhu Imam-imam

. Posted in Soal Fiqh

SOALAN
Assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimana cara mengambil wudhu mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Hanbali dan bezanya dengan Imam Shafi'i.
Harap mendapat bantuan.

Terima kasih.
Raihanah, JB.

 

 

shahidah1

 

Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

JAWAPAN
Terima kasih kepada yang bertanya.


Cara mengambil wudhu’ mengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali hampir sama dengan cara Mazhab Syafi’i, cuma bezanya pada menyapu kepala sahaja. Sementara pada rukun yang lain, adalah sama dengan cara Mazhab Syafi’i.
Demikian juga pada perkara-perkara sunat, yaitu membasuh tangan hingga pergelangan, berkumur dan masukkan air ke hidung serta menyapu telinga.


Berkaitan perbezaan pendapat antara ketiga-tiga Imam ini dalam perkara menyapu kepala bolehlah disimpulkan sebagaimana berikut:


1. Mazhab Syafi’I berpendapat: menyapu kepala adalah memadai dengan kadar yg sedikit sahaja dalam mana perbuatan itu dikatakan sapu.(Misalnya sekadar menyapu bahagian ubun2 dan mengenai kadar 3 helai rambut pun sudah memadai).


2. Mazhab Hanafi berpendapat : hendaklah menyapu sekadar ¼ (seperempat)bahagian daripada kepala(misalnya dengan kadar menyapu dengan sebelah tapak tangan ke kepala)


3. Mazhab Hanbali pula berpendapat : menyapu itu ialah dengan meratakan air ke semua bahagian kepala.(Misalnya dengan membasuh kedua2 tangan dan menyapu dari bahagian ubun2 dan menariknya hingga ke belakang kepala).

Punca Perselisihan Pendapat

Dalil bagi semua mazhab adalah ayat surah al Maidah:6

Maksudnya:

“Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”.


Perselisihan berpunca dari sebab perbezaan pendapat dalam mentafsirkan makna huruf ‘ba’ pada ayat berkenaan menyapu kepala. Imam-imam ini mentafsirkan kadar menyapu kepala sepertimana yang dijelaskan dalam cara mengambil wudhu’ di atas.


Kesimpulannya, kita boleh mengamalkan cara wudhu’ Mazhab Hanbali atau mazhab Hanafi hanya dengan membezakan pada rukun menyapu kepala sahaja, sementara yang lain adalah tidak berubah.


Semoga Allah mempermudahkan kita dan menjadikan kita ikhlas dalam beramal. Amin.


Wallahu ‘a’lam.

Find us on facebook

1132418
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
996
1830
2826
1114604
47796
61695
1132418

Your IP: 54.167.173.217
Server Time: 2014-11-24 14:18:11

Facebook Like

 
 

Borang keahlian IKRAM

WIJ Youtube channel

Tabung Kasih Ummah Syria

Tabung Kasih Ummah Rohingya

Nama: Pertubuhan Ikram Malaysia

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun: 1211-3010-040-182

Sumbangan Kompleks IKRAM

 

Hubungi Kami

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Negeri Johor

No 10 & 11, Jalan Pendidikan 3,

Taman Universiti,

81300 Johor


Twitter/Facebook: IKRAMJohor

Website: http://ikramjohor.org/

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Telefon: 07 521 1152

Faks: 07 521 1613

 

Kalendar

Institusi IKRAM Johor

Sumbangan