• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style

Pengenalan
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Read more ...
Wanita IKRAM Johor
Sayap Wanita Pertubuhan IKRAM Negeri Johor atau biasa dikenali sebagai Wanita IKRAM Johor telah ditubuhkan pada 17 April 2011. Wanita IKRAM Johor mempunyai 7 cawangan:
Read more ...
Pusat Kecemerlangan
Islam agama indah meletakkan kedudukan wanita di puncak yang mulia. Seiring dengan peredaran masa, Islam membuka jalan seluasnya kepada kaum wanita untuk mempunyai kerjaya
Read more ...
IKRAM Junior
Di antara tujuannya: Bagi menyusun perancangan strategik perlaksanaan program kanak-kanak di antara 7 -12 tahun.
Read more ...

Share this post

Print

Hukum solat Jama' kerana menjalani rawatan

. Posted in Soal Fiqh

SALAM ustazah,

Saya pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani rawatan hemodialisis sebanyak 3 kali seminggu. Tempoh rawatan saya memakan masa antara 4 hingga 5 jam dan kadang kala boleh mencapai enam jam ,termasuk segala prosedur sebelum dan selepas rawatan. Sudah tentu masa yang lama ini melibatkan waktu solat samada jika rawatan pagi akan melibatkan solat zohor atau jika saya mengambil rawatan petang akan melibatkan solat asar. Saya ingin bertanya, bolehkan saya menjama’kan solat saya samada taqdim atau ta’khir?

Pesakit, JB.

shahidah1

 

Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

JAWAPAN:

Terima kasih kepada yang bertanya. Saya juga mendapat pertanyaan dari beberapa pesakit-pesakit kronik lain seperti sakit jantung, barah dan lain-lain.

Saya berharap tuan dan orang lain yang diuji oleh Allah dengan berbagai penyakit kronik ini bersabar dan redha atas segala ujian Allah ini. Jadikan ia sesuatu yang positif untuk kita.

Bagi pesakit kronik yang sedang menjalani rawatan penyakit-penyakit seperti rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang, rawatan penyakit jantung, lumpuh dan seumpamanya yang telah mendapat pengesahan daripada doktor- doktor pakar daripada hospital-hospital kerajaan ataupun swasta , jangan sekali-kali merasa terbeban dengan tugas menunaikan ibadah ketika sakit atau dalam rawatan kerana Islam adalah agama yang fleksibel yang memberikan kita ‘rukhsah’ dalam ibadah dengan tujuan memudahkan kita.

 

Saya mendapati ada beberapa masa yang biasa dilakukan rawatan.

(i) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan pertama iaitu jam 6.00 pagi - 12.00 tengahari, dalam tempoh rawatan ini tidak menimbulkan masalah dari segi waktu sembahyang fardhu kerana rawatan itu telah selesai sebelum waktu Zohor.

(ii) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan kedua iaitu jam 11.00 pagi - 6.00 petang, menimbulkan implikasi hukum mengenai solat. Ini menyebabkan waktu sembahyang Zohor luput. Sementara itu sekiranya pesakit mengambil wuduk sebelum rawatan dibuat, ia boleh membatalkan wuduk disebabkan persentuhan dengan jururawat wanita bagi pesakit lelaki atau disebabkan keluar angin daripada dubur.

(iii) Bagi mereka yang mengambil syif rawatan ketiga iaitu jam 3.00 petang - 9.00 malam, menimbulkan masalah kerana melibatkan sembahyang Asar dan Maghrib. Apakah boleh bagi pesakit berkenaan sembahyang Jamak Takdim - Sembahyang Zohor dan Asar dan Jamak Takhir - Sembahyang Maghrib dan Isyak?

Mengikut kitab Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam oleh Fadhilah Syeikh Atiyyah Saqr, juzu’ 3 hal. 421 - 422 menyatakan mengenai pendapat-pendapat ulama’ bagi empat mazhab.

(i) Menurut pendapat Mazhab Maliki, harus jamak sembahyang ketika bermusafir jauh atau dekat. Begitu juga bagi orang yang sakit yang pitam atau sakit di kepala yang boleh menghalangnya daripada menunaikan solat ketika masuk waktu kedua, maka harus baginya mentakdimkan solat tersebut. Begitulah juga harus jamak solat kerana hujan lebat, ribut pasir, kegelapan malam, maka harus dijamak secara takdim sembahyang maghrib dan isyak dengan syarat sembahyang tersebut dilakukan di masjid secara berjamaah.

(ii) Mengikut pendapat Mazhab Syafie, harus jama’ solat kerana musafir yang lama perjalanannya dengan sebab hujan secara jama’ takdim sahaja, apabila dilakukan solat itu secara berjemaah di masjid yang jauh daripada rumahnya, mengelakkan kesusahan untuk pergi ke sana, maka ia harus menjama’kan solat walaupun tidak kerana hujan dan harus jama’ solat sama ada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.

(iii) Sementara Mazhab Hanafi pula berpendapat tidak harus jama’ secara takdim kecuali bagi orang yang mengerjakan haji di Arafah dengan syarat berjamaah beserta Imam atau naibnya dan tidak harus mentahlulkan sembahyang kecuali di Muzdalifah bagi orang yang mengerjakan haji, maka ia boleh sembahyang Asar dalam waktu Zohor di Arafah dan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak di Muzdalifah.

(iv) Mengikut Mazhab Hambali, harus bagi orang yang sakit menjama’kan solat ketika timbulnya kesusahan mendirikannya apabila masuknya waktu. Harus juga menjama’kan solat bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu solat bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan solat maka yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jama’ takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jama’ dan berterusan uzur.

 

Islam tidak hanya memberi kelonggaran solat jama’ bagi orang sakit sahaja, malahan orang sihat tetapi ditimpa suatu kesukaran seperti hujan, bimbangkan mudarat diri dan harta, sukar menentukan masa solat dan sebagainya, mereka dimasukkan ke dalam kategori orang yang uzur syarie.Di sini saya memetik keputusan tersebut:

Mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 14 pada 22 - 23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah ditakrifkan seperti berikut:-

(i) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.

(ii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.

(iii) Keuzuran berkenaan dengan berkemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat.

 

Daripada kesimpulan di atas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamnya adalah dikira uzur syarie yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya.

Di sini saya perturunkan keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor.

 

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

FATWA TENTANG HUKUM SOLAT JAMA’ KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Dl HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA:

(1) Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.

(2) Pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU dan seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa. Keharusan menjama’kan solat dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.

(Dipetik dari keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mengenai “Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik” yang dibuat pada 16 Januari 2001 ).

Adalah diharapkan dengan jawapan yang terperinci ini, akan hilanglah keraguan-keraguan yang menyelubungi tuan selama ini, serta dapat menjalani rawatan sekaligus boleh menunaikan ibadah solat jama’ dengan tenang.

Wassalam.

Ust.Shahidah Sheikh Ahmad


 

Find us on facebook

964187
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
200
1462
200
952528
44408
45140
964187

Your IP: 54.226.43.155
Server Time: 2014-08-31 02:19:25

Facebook Like

 
 

Borang keahlian IKRAM

WIJ Youtube channel

Tabung Kasih Ummah Syria

Tabung Kasih Ummah Rohingya

Nama: Pertubuhan Ikram Malaysia

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun: 1211-3010-040-182

Sumbangan Kompleks IKRAM

 

Hubungi Kami

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Negeri Johor

No 10 & 11, Jalan Pendidikan 3,

Taman Universiti,

81300 Johor


Twitter/Facebook: IKRAMJohor

Website: http://ikramjohor.org/

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Telefon: 07 521 1152

Faks: 07 521 1613

 

Kalendar

Institusi IKRAM Johor

Sumbangan